Wednesday, June 25, 2008

Sambutan Hari Guru (23.5.2008)


Sambutan Hari Guru 2008 ini dijalankan bagi mengenangkan jasa para guru yang telah berkhidmat di SMK Kampar.Disamping itu ia dapat merapatkan lagi hubungan antara guru dan juga pelajar. Sambutan ini telah dijalankan pada hari jumaat dengan pelbagai aktiviti seperti sketsa pelajar,ucapan,deklamasi sajak,karaoke dan sukaneka guru.

Kejohanan Bola Baling MSSPK Daerah Kinta Selatan (9–10.4.2008)


SMK Kampar telah menjadi tuan rumah bagi kejohanan ini. Acara perlawan mengambil masa selama 2 hari bermula pada 8.30 pagi hingga 6.30 petang. Perlawanan ini melibatkan beberapa buah sekolah dari daerah kinta selatan.SMK DBCM Yusuf telah memenangi dalam kejohanan tersebut bagi kategori perempuan bawah 15 dan 18 tahun manakala SMK Idris Shah memenangi bagi kategori lelaki bawah 15 tahun dan SMK Tronoh memenangi bagi kategori lelaki 18 tahun.

Kejohanan Sukan Tahunan SMK Kampar ( 15.2.2008)


Kejohanan Sukan Tahunan ini berlangsung pada hari jumaat bersamaan 15 hb Februari 2008 bagi di Padang SMK Kampar. Pelbagai acara dan aktiviti sukan yang telah dijalan seperti acara balapan, tarik tali dan sukaneka para guru.

Tuesday, June 24, 2008

Pengenalan PSS

Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar bertujuan sebagai tempat rujukan para guru dan pelajar yang ingin mencari maklumat seterusnya membolehkan semua pihak sekolah mencapai matlamat-matlamat kurikulumnya.